Friday, February 22, 2013

sinopsis GANTZ Live Action Movie II: The Perfect Answer

Konnichiwa... movie ini sambungan daripada yang sblom nih... pehhh.. yg kedua nih lg best... lagi banyak action... layannn

Sinopsis

Sambungan daripada Gantz Live Action Movie... Gantz sebuah bola hitam yang mempunyai kuasa menghidupkan manusia yang telah mati... tapi ada syaratnya... manusia yang sepatutnya telah mati diberikan tugas membunuh makhluk asing... untuk kali ni,, ade sekumpulan makhluk asing sedang mencari tempat persembunyian Gantz.. mereka merancang untuk menghapuskan Gantz kerana bola hitam tu dah banyak bunuh rakan2nya...



Kurono Kei (Ninomiya Kazunari) terpaksa berhempas pulas menghapuskan makhluk asing demi menghidupkan semula rakanya, Kato Masaru (Matsuyama Kenichi)... keadaan semakin terdesak apabila Gantz mengarahkan mereka membunuh Kojima Tae (Yoshitaka Yuriko),, teman wanita Kei sebagai tugasan terakhir mereka... Kei xsanggup bunuh Tae.. Oleh itu dia berusaha dan menyembunyikan Tae... 


Kojima Tae,, seorang wanita yang lemah lembut yang menjadi teman wanita Kei Kurono.. Gantz mengarahkan supaya Tae dibunuh...

Keadaan menjadi parah apabila makhluk asing bertindak agresif.. Akhirnya Tae mati dalam keadaan tragis dan memilukan... Makhluk asing akhirnya menjumpai tempat persembunyian Gantz dan cuba menghapusnya.. Kei gagal menyelamatkan keadaan dan menyebabkan Gantz hilang kuasa dan ramai org mati... Akhirnya Kei membuat pertukaran dengan Gantz demi menjadikan keadaan menjadi normal seperti sedia kala...


Kemunculan Makhluk Asing yang agresif untuk menghapuskan Gantz dan pengikutnya..

Komen;
- Movie kedua nih lebih dasyat... ahaha.. tambah ade part yang tacing giler...
- Aku lebih suke aksi2 dalam gantz yg nih... yg first ok gak...
- Jalan cerita yang sukar dijangka kan...
- Skala movie nih: SANGAT BEST^

Tajuk: Gantz Live Action Movie II: The Perfect Answer
Pengarah: Shinsuke Sato
Penulis: Hiroya Oku (manga), Yusuke Watanabe
Produser: Takahiro Sato
Tarikh Tayangan: 23 April 2011
Tempoh Masa Tayangan: 141 minit
Produksi: Toho, NTV, Nikkatsu
Jumlah Kutipan Tiket: $33,378,866
Karaker Utama: Kuruno Kei (Ninomiya Kazunari), Kato Masaru (Matsuyama Kenichi), Kojima Tae (Yoshitaka Yuriko)...
Pengiktirafan: Montreal Premiere [Fantasia Film Festival 2011], World Fantastic Cinema*Korean Premiere [Puchon International Fantastic Film Festival 2011]


gomawo themasterzul





sinopsis 700 days of Battle: Us vs the Police







Cerita nih belatar belakangkan keadaan di tahun 1979... sekumpulan pelajar sekolah menengah yg diketuai oleh Mamachari (Ichihara Hayato) sengaja mencari masalah dengan seorang polis, Chuzai-san (Sasaki Kuranosuke) di kawasan mereka.. Pada mulanya, Saijo (Ishida Takuya) dikenakan saman sebab bawak moto melebihi had laju 30km/j... Saijo xpuas hati dengan saman yg dikenakan,, kerana xmasuk akal buat speed trap kat kawasan bawah bukit yang curam...





Oleh itu,, Mamachari mengajak rakan2 nya memperdayakan polis itu... mula2,, diorang ni sengaja bawak basikal laju2 untuk mempermainkan Chuzai-san sebab diorang ingat basikal x akan kena saman... tapi akhirnya kena
saman jugak sebab basikal pon kenderaan juga...


Lepas itu diorang cuba mempermainkan Chuzai-san dengan hanya berjalan kaki sambil membawa alat2 pancaragam dikawasan speed trap... tapi peliknya,,, diorang kena tahan jugak sebab speed trap tu rekod perjalanan diorang hanya 4km/j... haha.. mmg pelik jalan pon kena tahan gak...

Diorang ni pulak boleh terpikat dengan seorang perempuan cun kat sebuah kedai makan... Mamachari bet ngan kwn2 nya kalu dia berjaya letakkan komik2 lucah kat pejabat Chuzai-san,, dia akan luahkan perasaan kat perempuan cun tu... sekali rupa2nya perempuan cun isteri Chuzai-san...


ade banyak lagi kerje gila Mamachari dan kawan2 nye.. last skali Mamachari nak tunaikan hajat Saijo untuk bagi Mika-chan tengok bunga api... tapi Mika-chan sakit dan kena tggl kat hospital.. Saijo pulak excident sebab leka tengok perempuan comel semasa bawak moto... oleh sebab tu,, Mamachari buat tipu helah mencuri bunga api di kawasan pameran bunga api utk diorang buat kat kawasan sekitar hospitl...

Chuzai-san akhirnya mengesan tindakan Mamachari dan akhirnya berjaya menangkapnya... walaubagaimanapun Mamachari dilepaskan atas permintaan pemilik bunga api yg dicurinya...

Komen:
- sebuah movie lawak bodoh.. tapi best!...
- setiap rancangan giler mamachari memang lawak..
- Ichihara Hayato mmg ngam ngan karakter mamachari..
- kdg2 tu agak **hentai** cikit la... xde la banyak sgt...
- Skala movie nih: BEST^^


Tajuk: 700 Days of Battle: Us vs the Police
[Boku tachi to Chuzai-san no 700 nichi senso]
Pengarah: Tsukamoto Renpei
Penulis: Fukuda Yuichi
Sinematografi: Segawa Ryu
Tarikh Tayangan: 8 April 2008
Tempoh Masa Tayangan: 108 minit
Karakter Utama: Mamachari (Ichihara Hayato), Chuzai-san(Sasaki Kuranosuke), Saijo(Ishida Takuya)







gomawo themasterzul

Ouran High School Host Club The Movie ~2012~

 Ouran High School Host Club


Konnichiwa!!... Ouran High School dalam versi movie pulakk!!.. perghhh!! x sabar nak tengok... Movie nih akan mula ditayangkan mula 17 Mac 2012 nih... so,, ini trailernye;


masih mengekalkan karakter2 asal yang kalut dan lawak.. cuma ada special sikit sebab menampilkan Nichkhun (2PM) sebagai guest dalam movie nih.. Nichkhun akan pegang karakter presiden Singapore co.. maknenye citer nih ade wat kat singapore kah?? ahah.




hope movie nih lawak macam dalam drama jugak.. =)
krdit by masterzul :)





sinopsis High School Debut


Crite nie mngishkn  Haruna yang berazam untuk mempunyai boyfriend... tapi disebabkan perangai nye yang kalut.. xmacam pompuan langsung.. huhu.. so,, xde sorang lelaki pon nk dekat ngan dia... Haruna nih dulu hebat dalam sukan softball.. skang ni dia dah berhenti main softball dan bercita-cita nak cari boyfriend..



Pada satu hari dia terjumpa,, You Komiyama.. dia minta You jadi jurulatihnya menjadi seorang perempuan yang diminati lelaki...

mula2,, You nak tukar fesyen Haruna.. Fesyen Haruna pada mulanya sangat teruk+kelakar.. so, You ajar Haruna menggayakan pakaian yang lebih menarik... lepas itu,, You nak ubah cara Haruna melayan lelaki.. so,, You menggunakan rakannya,, Tamura untuk berdating dengan Haruna...dari jauh You akan perhatikan kelakuan Haruna dan akan memberi isyarat melalui mesej..

dalam masa You melatih Haruna,, mereka berdua dah bersetuju supaya x akan jatuh cinta antara satu sama lain.. tapi ade yang jeles ngan hubungan mereka iaitu musuh Haruna dahulu.. sebab dia xpuas hati Haruna berhenti main softball lepas tu mula bercinta dengan lelaki..

lama kelamaan Haruna macam putus asa untuk cari boyfriend.. walaupun dah kuar dating dengan Tamura,, tapi dia masih gagal .. atas sebab itu You sentiasa beri semangat kpd Haruna.. tanpa disedari mereka berdua mula mencintai antara satu sama lain ^^..




Komen

- Serius movie nih best.. hehe.. jalan cerita memang menarik.. lawak =D
- Junpei-kun mmg cool...
- Skala Movie nih: SANGAT BEST^^




Tajuk: High School Debut
Genre: Komedi Romantik
Pengarah: Tsumoto Hanubasa
Penulis: Kazune Kawahara (manga), Yuichi Fukuda
Produser: Yamada Masako
Tarikh Tayangan: 1 April 2011
Tempoh Masa Tayangan: 93 minit
Jumlah Kutipan Tiket: $3,342,697
Karakter Utama: Nagashima Haruna (Ono Ito), Komiyama You (Mizobata Junpei), Fumiya Tamura (Masaki Suda)




tq for themasterzu